Kerana housemate saya di campus adalah Indonesian, saya telah belajar satu resepi yang sangat sinonim dengan sejenis makanan malaysia iaitu sambal goreng. Nama indonesianya teri kacang. Teri tu sebenarnya nama ikan bilis kecil (nama malaysia ikan bilis jepun kot) macam pricetag dari Hero supermarket. Beza sambal goreng ni sbb mereka guna ikan teri ni (teri medan) dan tempe dipotong kecil dan kentang disagat halus. Sambal goreng ini juga menggunakan suhun (yang macam bihun tu).
Okla, let's the photo explain the look ya..
Teri kacang @ Sambal Goreng
yang ini tanpa tempe dan kacang
ditambah tauhu
Bahan-bahannya:
Bahan A
1) Kentang disagat halus
2) Suhun
3) Tempe
4) Kacang tanah
5) Ikan bilis jepun (teri medan)
*Bahan-bahan ini digoreng
Bahan B
1) 3 ulas bawang putih
2) 1 biji bawang besar
3) 3 tangkai cili merah
4) 2 batang serai (potong halus)
5) Cili kering (dikisar)
5) Air Asam Jawa
6) Kicap
7) Minyak masak
Cara-cara
a) Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, serai dan cili merah hingga garing. Asingkan.
b) Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Tambahkan air asam jawa
c) Tambahkan garam dan gula sesedap rasa.
d) Masukkan semula bawang2, cili merah dan serai yang telah diasingkan tadi.
e) Masukkan bahan-bahan A. Gaul sebati.
f) Tambahkan kicap sesuka hati (dalam resepi indonesia x de kicap tau). Saya je suka-suki tambah
DONE!!!!